AKU

Assalamualaikum and hai !  Okay tajuk pon dah terang2 "AKU" so of course lah entri kali ni *ecehh acah entri kali ni mcm dah ada 10 entri. hahaha. Okay mcm aku cakap tadi tajuk pon "AKU" cerita pon mestilah pasal aku or anything yang berkaitan dengan aku. Untuk intro, aku kenalkan nama aku Siti Nursyazwani Binti Muhammad Suhaimi. Orang sekeliling panggil aku wani but family aku panggil aku ANGAH. And nama paling special aku dpt bukan dari pakwe sebab aku takde pakwe (set2 kena reject *cedey). Bukan dari suami sebab belum kawin lagi. Muehehe. Tapi dari nenek aku :D. She called me "Dina" . Aku pon taktahu apa kena mengena wani dgn dina tapi panggilan nenek bagi tu too special to me and aku tak boleh bayang if one day she's gone siapa lagi nak jerit2 panggil "dina..! dina..!". Kalau boleh aku taknak bayang tapi aku dah bayang dah pon. Sebelum kenal aku org akan cakap aku ni lembut jaaa and org yg dah kenal aku akan mutah hijau bila dgr. Jenis aku ni pendiam kalau belum kenal even dah kenal pon take time utk aku menunjuk belang~. Aku gadis kelahiran selangor tapi berdarah negeri sembilan. Adat pepatih gituuu. Berdarah negeri sembilan sebab ayah aku asal sana. Orang kata asal keturunan kita ikut belah ayah kan. Tapi malangnya, aku tak reti satu pon loghat n9 sebab dari kecik membesar kat selangor. Yang aku tau "eden, ekau, seh,". Okay aku tipu tadi aku ckp taktau satu pon. Aku pon adalah tau sikit2 pasal adat pepatih yang family belah ayh aku still amalkan. Okay habis pasal n9. 

Pasal adik beradik pulak aku ada 5 orang adik beradik and im the second. Aku anak bongsu perempuan. Bawah aku semua lelaki. Bond kami adik beradik kacip gila. Sayang aku dekat diorang simpul mati lah kalau nak hiperbola sikit. Aku fanatik dengan cerita2 hantu and psycho. Aku boleh tahan layan marathon movie kalau movie tu seram. Tapi aku penakut. Kalau tidur sorang lampu tidur wajib pasang. Sepanjang aku belajar dekat matrik aku tak pernah tidur sorang sebab takut. And masuk UKM nilah aku berjinak2 tidur sorang. Itu pon kena pasang lampu meja belajar. Kalau tak pasang pukul 2,3 pagi terjaga aku lari katil roomate.  Tu salah satu masalah aku yg tak setel2 lagi. Satu lagi kegagalan bagi aku bila aku takut kucing. Aku suka tengok kucing and geram dgn kecomelan tu. Tapi bila dia dtg aku dah resah. Nak positifkan diri aku anggap kegagalan keatas kucing tu satu keunikan sebab org takut harimau tapi aku takut kucing. Okay hambar. Last, cita2 aku. Bila dah habis degree dgn jayanya aku niat nak ambik kursus perguruan setahun. Sebab aku nak jadi cikgu. Bila hari guru dapat hadiah banyak. Tapi kalau ada rezeki lebih jadi pensyarah, Alhamdulillah. Muehehe. Aamiin. Itu ja pasal aku untuk permulaan setakat ni. Adios ! 

0 comments:

Post a Comment

Cute Panda