a.b.c

Alhamdulillah. Finally im done ! Baru ja event abc habis semalam. ABC which is stand for Aminuddin Baki's Carnival. Event kolej aku stay sekarang ni.  Macam2 perasaan dah digaul sebati sepanjang program a.b.c berjalan. Perasaan dgn teamwork kau, org atas kau, org luar yg deal dgn kau or sesiapa ja yg berkaitan. And paling best masa tu baru kau nampak the true colours kawan2 sekeliling kau. Muahaha. Malas nak mengomel benda yg dah lepas. Juat anggap mungkin ada hikmah sebalik semua yg jadi. Mengapa, kenapa, apa, siapa dan sebagainya tak guna dah dipersoalkan. Sebab benda. dah. lepas~ Yang penting program berjalan dgn lancar even at first ada kehambaran yg berlaku. Bak kata salah sorang MT program a.b.c something bad yg happen takkan jadi satu masalah besar if kau ambik benda tu sebagai something yg positif. So, kalau kita anggap benda tu sesuatu yg negatif maka negatif lah kau dpt. Aku dgr ja and mengiyakan waktu tu ja. Next time tetap ulang benda sama. Habis program barulah nak take it positive. At least aku ada jugak fikir positif en*muka poyo. Kalau kau ? Tepuk dada tanya iman naa~
Adios !

Disertakan gambar2 semasa program berjalan :




PASRAH

"Redha itu ikhlas, Pasrah itu menyerah". Awal2 aku dah keluarkan ayat pemes dalam filem atau novel ombak rindu~. Pasrah. Menyerah. Apa beza dgn redha ? Redha ikhlas, then apa perbezaan antara menyerah and ikhlas ? Kalau menyerah that's mean kita tak ikhlas ka ? Aku sendiri taktau and tak pasti dan tak berani nak judge org yg pasrah=menyerah ni jenis tak ikhlas on something. Siapa aku, kau, dia dan mereka utk menilai keikhlasan orang ? Tapi tanpa sedar ada masa kita tetap menilai. Betul kan ? Sebab kita manusia takkan lari daripada menilai dan menghukum. Kau and aku, kita saling menasihati "jgn judge org sebelum kenal" , "tak kenal maka tak cinta"  and mcm2. Hakikatnya, kau dan aku tetap menilai org. Semualah. Semua yg menasihati dan dinasihati tetap buat. Sedar atau tak sedar kau tetap buat. Tak percaya sudah. Bila dinilai atau dihukum, bila sesuatu terjadi, kau pilih sama ada untuk redha atau pasrah. Kebanyakan org akan ckp "aku redha". Tapi redhakah kita bila kita masih mempersoalkan apa yg terjadi ? Redhakah kita bila hati kita masih terluka dgn peristiwa yg terjadi ? Redhakah kita bila kita masih tangisi kenapa kita mangsanya ? Then kalau bukan redha apa ? Pasrah ? Sebab kau tak ikhlas tapi kau terima ja even hati sakit ? Kan aku dah cakap aku pon tak tahu. Ya, aku sendiri tak tahu nak classify kan apa. Kau tahu ? Kalau tahu good for you lah. Adios !

A.D.I.K - B.E.R.A.D.I.K

Adik-beradik antara makhluk terpenting dalam dunia aku. Tapi sejauh mana pentingnya dorang dekat aku ? Pertelingkahan, bertikam lidah, terkasar semua tu perkara biasa dalam adik beradik en ? Ke ada yg dalam adik beradik dorg tak pernah buat semua benda tu. Mungkin ya mungkin tak. Tapi 99.9% tak. Bohonglah dalam adik beradik tak pernah ada perselisihan. Tapi perselisihan yg jadi tak bermaksud tak sayang. Aku sayang adik beradik aku and aku antara kakak yg suka manjakan adik2 aku and dimanjakan. Juga seoarang adik yg manja dgn kakak sulungnya yg sanggup tahan or telan apa ja aslkan adik dia ok. Ye, dia telan apa ja, mengalah, sabar layan kerenah kami adik2. Aku bangga ada kakak mcm dia. Kdg rasa bodohnya aku if tak appreciate dia. Adik aku pulak. Manja yg aku bagi bukan sikit2 tapi berlebih2. Kadang2 aku tertanya2 jugak sayang apa yg aku cuba sampaikan dekat adik2 aku. Sampai aku manjakan dorg terlebih2. Aku tak boleh tengok dorg kena marah even itu memang slh dorg, aku tak boleh tgok dorg sedih even kdg2 punca sedih tu dorg yg cari sendiri. Aku tak sampai hati kata tak untuk setiap permintaan dorg even benda tu menyusahkan aku. Aku senang maafkan salah dorg sebab tak sampai hati bermasam muka even salah tu besar. Salah ke ?Aku cuma taknak dorg memberontak and tend to forget that they had a family stay by their side. Aku cuma nak dorg tahu aku ada untuk dorg setiap masa so dorg tak perlu susah2 cari kwn yg ada utk susah senang dorg dlm zaman yg pengkhianat bersepah sana sini. Aku cuma nak dorg tahu adik beradik lagi penting dari kwn2 so dorg tak abaikan bond yg kami ada. Over kan aku ? Ya aku over sebab aku pegang prinsip, baik mana kwn yg kau ada, if apa2 buruk terjadi dekat kau and tak ada siapa mampu tolong, org yg paling boleh kau percaya utk stay dgn kau FAMILY kau. Percayalah, family je kau ada at the end. "Sebab kita adik beradik darah paling suci sekali dan mempunyai naluri hati yang tidak akan pernah sampai hati untuk melihat adik beradiknya yg lain SUSAH, DERITA atau LUKA HATINYA". Dorg ambil kesempatan ke atas kasih sayang aku ? Tak. Dorang tak pernah ambil kesempatan. Dorang cuma tahu ada kakak yg syg dorg setengah mati and sanggup buat apa je untuk dorg. Adios !

LEMAU

Takde apa yg menarik pasal entri lemau kali ni. Just nak bagitahu ketidakpuasan hati bila aku beli jajan kesukaan aku haritu lemau. Lemau tu bila kau nak makan jajan tu dia dah tak crunchy dah. Hati kau sakit, kau mula nak maki owner kedai yg jual jajan lemau tu yg hakikatnya dia sendiri mungkin taktahu jajan dia jual tu dah lemau. Siapa yg salah ? kau salah ke sebab TERbeli jajan yg intinya lemau tu. Ke owner kedai tu yg salah ? sebab TERjual jajan yg lemau or mungkin dia simpan terlalu lama sampai lemau. Atau kau nak salahkan jajan yg tak bernyawa tu sebab dia lemau. Ok nonsense. Bila tak puas hati itu perkara biasa untuk menunding jari ke arah org lain. Tanpa sedar 4 jari lagi tertunding ke arah kau. So potensi utk nyatakan yg kau salah lagi tinggi. Kesimpulannya tundinglah kelima2 jari kau bila nak salahkan org lain. Tkadelah lagi 4 pantul ke kau. Puncanya kecik ja. Bak kat omputih "small matter". Tapi kita yg besar2 kan and kdg2 sampai boleh jadi gaduh hanya semata2 sebab satu perkataan. L.E.M.A.U~ Aku bukan reka cerita tapi aku sendiri pernah nampak pergaduhan antara owner kedai and customer dia sebabkan biskut dia jual LEMAU. Siapa salah ? Hanya kerana LEMAU. Adios !

H.A.D.I.A.H

"Buna The Monkey. Happy Belated Birthday." Aku tersenyum. Itulah ayat 1st sekali aku baca bila aku bukak surat yg aku dapat dari seorang kawan sempena bufday aku. Bufday aku bulan 2 tapi dia decide utk buat pekasam dulu hadiah tu then baru bagi dekat aku. Khamis, 10.3.2016 pukul berapa aku dh tak ingat. Tapi time tu dia ketuk pintu bilik aku and aku baru je bangun dari tidur. Dia sengih2 ke aku and said "nah !". Even aku separa sedar a.k.a mamai aku still berperasaan untuk rasa happy and touching gituuu. Yelah, at the same time this year bufday yg paling hambar aku rasa aku dapat. Tuptup ! she came and bagi hadiah. Aku rasa mcm dihargai. Muahaha. Geli2 jaaa. But yaa deeply in my heart im really appreciate it. Hadiah yg dia bagi tu penuh dgn quotes yg bagi aku semangat. Dia buat aku rasa aku tak sesorang. Dia buat aku sedar selama ni aku ada kawan yg tolong aku dari belakang, tepi, kiri, kanan, depan and semuanya lah. She's always be by my side even sometimes aku tak perasan semua tu. Kdg2 terdetik dalam hati aku ke yg tak menghargai ? atau dia just buat apa yg seorang kwn patut buat and its normal. Sebab aku tak rasa aku selalu ada utk dia or faham dia. Aku tak rasa aku kawan yg baik utk dia but she still stay and be my friend. Bagi aku dia antara kawan yg worth keeping. Selisih faham, terasa, sakit hati tu semua lumrah berkawan. Pilih untuk stay dgn kekurangan yg ada pada kawan or langkah kaki dan pergi itu semua pilihan yg terletak dekat tgn kita. Aku pilih untuk stay and cuba selam jiwa dia. Cuba untuk terima kekurangan dia dalam masa yg sama repair kekurangan aku. Aku pon bukanlah jenis friendly and mudah terima org. So bila ada yg dtg and boleh terima aku seadanya, i'll try to keep them melainkan dorg yg pilih utk pergi. Aku bukan jenis meratapi kwn yg pergi tinggalkan aku utk dpt yg lagi better. Bagi aku, dia yg stay tu antara the real ones. Kepada yg pergi its okay. Mybe silap dlm friendship kita yg singkat tu berpunca dari aku. "As life goes on, we realize that it is less important to have lots of friends and more important to have the Real Ones". Adios !





Hey Panda the Panda ! inilah hadiah dia bagi. Seketul botol air !
Mybe bagi org lain biasa2 jaa. Tapi bagi dia bukan aku botol ni luar biasa. hahaha.

"Aku buat mana yg mampu, aku tak kesah kalau kau tak suka aku. Aku tak cakap pon aku baik, cuma aku nak kita sama-sama dapat apa yg kita mahu" -a friend-

LESU

Apa yg lesu ? Aku pon taktau. Tapi yg aku tahu minggu ni memang minggu lesu bagi aku. Masa aku tgh taip entri ni pon aku tgh lesu. Okay tu poyo. Tapi betul. Nak cerita pasal lesu, mcm2 punca, sebab, kenapa dan mengapa kita lesu. Kau tidur lambat 3,4 pagi esok bangun pagi kau LESU. Kau demam panas kepala pening mcm baru lepas kena hentak batu then kau LESU. Kau rushing sana sini sampai tak dengar perut kau menjerit2 then kau LESU. Kdg2 takde sebab pon kau tetap pilih unutk LESU. Org jenis mcm ni bukan setakat lesu tapi mungkin LEPU. Apapon, lesu ni luas kisah dia. Yeke ? Yelah. Berapa banyak makhluk yg wujud dalam dunia ni and siapa je tak pernah lesu ? Kisah lesu aku pulak bila aku kena demam panas last year. Boring~ Tapi aku nak cerita jugak. Masa demam  panas tu tgh bulan puasa lagi double lesu aku dpt. Suhu badan aku masa tu cecah 40 deg. Pehh panas dia bila kau bernafas tu rasa mcm keluar api. Acah2 dragon. Lagipon nama aku ni ada kaitan dgn naga dalam mitos jepun. Naga tu WANI *tibaa. phew phewww. Ok, bila demam konfirm2 selera makan dah melangkah kaki tinggalkan kau. Nak ayat hashtagsadlife sikit "walk away". So perut kau kosong kalah tin kosong yg bila kau goncang takde bunyi. Tapi nak bagi bunyi bubuh batu kecik2 dalam tu. Kau try sumbat apa pon makanan but angin degil dalam perut kau tolak balik and kau muntah. Yg tu jijik. Bila kau keep sumbat, then angin degil dlm perut keep tolak then kau keep muntah. Badan kau akan lemah and lemah dan LESU. Sebab tu bila demam panas kau lesu, Sebab apa ? sebab selera makan "walk away"~ Adios !

N.O.V.E.L

Novel. Nak listkan jenis2 novel yang ada dalam dunia ni berlambak2 novel yg wujud berserta novelis2 yg menjadi punca wujudnya sebuah novel dan bertambah 2,3,4,5 buah novel until it can't be counted. Mulanya aku bukan lah peminat tegar novel2 yg wujud kat dunia ni. Asal nampak org baca novel je aku yg rasa nak muntah. Dah lah tebal mengalahkan kamus english yg aku selalu bawak time sekolah rendah dulu. Pernah sekali aku kacau membe aku tgh baca novel sampai dia menangis. Mana taknya, asal dia baca je aku tutup novel tu, asal baca je, aku tutup. Tapi . . .  macam mana aku boleh mula minat dgn novel ? Semuanya start bila kakak aku paksa aku try baca satu novel ni tajuk "Pelabuhan Kasih". Novel cintan pulak. Geli2 je. Lepas dari tu aku sangkut dan terus menyangkutkan diri dgn novel. Tapi kisah aku dgn novel cintan ni tak lama. Sebab aku beralih arah layan novel psycho.  Aku dah tak layan novel cinta ni sebab aku rasa menyampah. Jalan cerita sama ja mcm drama melayu dekat tv3 pukul 7. Memang samalah sebab drama tu pon adaptasi dari novel. And sebab paling kuat aku malas layan dah novel cinta ni sebab tu semua karut marut. Harapan palsu yg takkan wujud dalam dunia realiti. Kalau wujud pon 0.9% mungkin. Bagi aku baca novel jenis psycho ni lagi fun. Lagi2 kalau kau baca yg tahap psycho dia pehhh punya. Kau punya jantung tu dupdapdupdap mcm kau ada dlm kisah tu. Dia punya seram nak tau next page apa jadi mcm benda tu jadi kat kau ja. Perasaan yg wujud bila baca novel psycho ni lain. Rasa mcm dunia ni penuh dgn manusia2 bertopeng. Kau kena try baca baru kau faham. Bukannya mcm novel cinta yg berangan kau heroin and ada hero ni akan muncul dlm hidup kau then give you happiness. So, daripada aku terus merelakan diri berangan acah aku heroin novel cinta tu baik aku layan novel psycho yg ingatkan aku dalam dunia tak semua org kita boleh percaya. Yeahh, mcm satu quote aku baca ni "Life is full of fake people"~ Adios !

Antara novel2 psycho aku dah pernah baca keluaran fixi :






AKU

Assalamualaikum and hai !  Okay tajuk pon dah terang2 "AKU" so of course lah entri kali ni *ecehh acah entri kali ni mcm dah ada 10 entri. hahaha. Okay mcm aku cakap tadi tajuk pon "AKU" cerita pon mestilah pasal aku or anything yang berkaitan dengan aku. Untuk intro, aku kenalkan nama aku Siti Nursyazwani Binti Muhammad Suhaimi. Orang sekeliling panggil aku wani but family aku panggil aku ANGAH. And nama paling special aku dpt bukan dari pakwe sebab aku takde pakwe (set2 kena reject *cedey). Bukan dari suami sebab belum kawin lagi. Muehehe. Tapi dari nenek aku :D. She called me "Dina" . Aku pon taktahu apa kena mengena wani dgn dina tapi panggilan nenek bagi tu too special to me and aku tak boleh bayang if one day she's gone siapa lagi nak jerit2 panggil "dina..! dina..!". Kalau boleh aku taknak bayang tapi aku dah bayang dah pon. Sebelum kenal aku org akan cakap aku ni lembut jaaa and org yg dah kenal aku akan mutah hijau bila dgr. Jenis aku ni pendiam kalau belum kenal even dah kenal pon take time utk aku menunjuk belang~. Aku gadis kelahiran selangor tapi berdarah negeri sembilan. Adat pepatih gituuu. Berdarah negeri sembilan sebab ayah aku asal sana. Orang kata asal keturunan kita ikut belah ayah kan. Tapi malangnya, aku tak reti satu pon loghat n9 sebab dari kecik membesar kat selangor. Yang aku tau "eden, ekau, seh,". Okay aku tipu tadi aku ckp taktau satu pon. Aku pon adalah tau sikit2 pasal adat pepatih yang family belah ayh aku still amalkan. Okay habis pasal n9. 

Pasal adik beradik pulak aku ada 5 orang adik beradik and im the second. Aku anak bongsu perempuan. Bawah aku semua lelaki. Bond kami adik beradik kacip gila. Sayang aku dekat diorang simpul mati lah kalau nak hiperbola sikit. Aku fanatik dengan cerita2 hantu and psycho. Aku boleh tahan layan marathon movie kalau movie tu seram. Tapi aku penakut. Kalau tidur sorang lampu tidur wajib pasang. Sepanjang aku belajar dekat matrik aku tak pernah tidur sorang sebab takut. And masuk UKM nilah aku berjinak2 tidur sorang. Itu pon kena pasang lampu meja belajar. Kalau tak pasang pukul 2,3 pagi terjaga aku lari katil roomate.  Tu salah satu masalah aku yg tak setel2 lagi. Satu lagi kegagalan bagi aku bila aku takut kucing. Aku suka tengok kucing and geram dgn kecomelan tu. Tapi bila dia dtg aku dah resah. Nak positifkan diri aku anggap kegagalan keatas kucing tu satu keunikan sebab org takut harimau tapi aku takut kucing. Okay hambar. Last, cita2 aku. Bila dah habis degree dgn jayanya aku niat nak ambik kursus perguruan setahun. Sebab aku nak jadi cikgu. Bila hari guru dapat hadiah banyak. Tapi kalau ada rezeki lebih jadi pensyarah, Alhamdulillah. Muehehe. Aamiin. Itu ja pasal aku untuk permulaan setakat ni. Adios ! 
Cute Panda