HAMSTER

Kenapa hamster ? sebab panda aku dah kena kebas dgn syidah dulu. Haha. Masih tak boleh move on yg aku tak boleh cerita pasal panda T_T *huaaaaaaaaaa. Takpelah. Sebabkan hamster ni gendut2 montel2 mcm seketul panda aku, so aku pilih hamster. Ya, hamster yg kecik tapi gemuk. Jalan terkedek2 rasa nak tolak ja pungkoq dia tiap kali terkedek2 jalan. Tapi kesian. Tapi aku nak buat jugak. Ya aku nak buat. Macam mana aku tau dia terkedek2 ? Sebab aku pernah ada dua ekor hamster kecik yg gemuk lagi pemalas. Eh bukan aku. Kakak aku. Hamster tu dia dapat sebab hadiah birthday. Marka dia bagi. Urm mungkin sekarang aku patut cakap "bekas" marka. Hahaha. Hamster tu pon sekarang dah mati terkubur. Sekali dgn relay2 dorg ikut mati terkubur. Haha. Okay itu kejam tapi kenapa aku rasa nak gelak. Okaylah, aku pon taktau sgt pasal hamster ni. Yg aku tau binatang ni comel. Mcm mana nak jaga dia lagi aku taktau. Yg pasti masa aku tgok akak aku jaga si hamster ni leceh bebeno. Makan dia tak boleh suka hati ja taram. Nanti tau2 esok dah mati keras. Sepanjang hidup si mendiang hamster2 tu aku tak pernah pegang nak peluk ke apa. Sebab aku ada masalah nak pegang binatang2 yg jenis keluar2 kuku ni. Terutama kucing. Even dia kecik dan comel dan sangatlah menarik hati utk aku peluk2. Aku still belum ada keberanian nak pegang lagi kan peluk dan cium. What a sad life. Tapi aku masih dalam proses mencari keberanian tu, Ececeh. hahaha. Tak, tak aku tak give up lagi untuk haiwan2 comel ni. Tunggu berani aku dah sampai, daripada montel gemok aku transform dorg jadi leper mcm lempeng. Mungkin itu hikmah aku tak berani pegang spesis ni kot. Kan ? Adios !

M.I.D.T.E.R.M

Midterm baru ja lepas. Fuhh fuhh. Tapi tak boleh nak fuhh sangat. Sebab bukannya lepas habis pon. Sebab ada satu paper lagi. Paper mikro. Wuhuhu. And final pon belum lepas lagi. So tak payah nak seronok sangat okay wani ? Paper math haritu tengah2 lah. Papar akaun pon boleh lah. Dah buat yg sebaik mungkin makanya tawakal and berserah ja dengan result yg keluar nanti. Apa pon mengharap yg terbaik itu sudah pasti. Dalam dunia bila wujud satu pengharapan tak pernah dalam list bukan yg terbaik. Kita cakap ja tak berharap sangat on something. Terima ja apa yg datang, apa yg dapat or whatever. Tapi deeply in our heart yup we still harap something tu yg terbaik. Kalau salah maaf lah naa. Okay paper akaun. Sebut pasal akaun konfirm imbang and tak imbang. Aku golongan mana ? of course golongan yg tak imbang. Tulah ilmu dekat matrik dulu buat jawab exam ja. Dah bersenang-lenang almost 5 months dekat rumah, masuk u lupa semua benda. Belajar akaun pon otak kosong mcm tak pernah belajar. Haih, nak mengeluh apa ? salah sendiri. Tapi serious talk sedih gila bila mcm taktau apa2 sebab masa dekat matrik akaun salah satu subjek fav aku. Oleh kerana berlaku sedemikian rupa, aku decide untuk recall balik segala yg patut. Alhamdulillah even tak seperform dulu aku masih ingat a little bit about akaun. Takpelah akaun. Jodoh kita tak panjang. Tahun 2 I'll leave you. I choose ekonomi islam. Adios !

UJIAN

Ada apa dgn ujian. Ya selasa baru ni ada ujian utk kelas aplikasi komputer. Start ja test . .  "keletak,keletuk,keletak,keletuk" bunyi keyboard. Masing2 kejar masa nak siapkan test dlm masa 2 jam setengah. Untuk budak mentah lagi hingusan mcm aku ni mestilah perlukan masa yg banyak utk setelkan test tu. Lagi2 aku memang loser gila pasal excel and word ni. Tapi since masuk kelas aplikasi komputer utk sem ni, Alhamdulillah. Tahulah jugak serba sedikit pasal excel and word. Betul lah kata student sir sem lepas. "kau nak A pergi kelas lain, kau nak ilmu stay je kelas sir". Aku lupa full version dia cmne. Tapi something like that lah dia kata. Lepas ja dia kata gitu aku yg cetek ilmu pasal aplikasi komputer ni pon decide utk stay and belajar pasal excel and word ni. Banyak weh. Banyak gila aku taktau and skrg jadi tau. Bagi korg yg pro mybe "eleh baru sikit". Tapi bagi aku, banyak. Ya banyak yg aku dh tau. Yelah from zero babe. Bila dpt sikit tu rasa mcm best ja. Bukan banyak yg aku maksudkan tu banyak yg bongkak sampai aku rasa terer gila dh drpd lecturer sendiri. Tapi banyak yg bersyukur rupanya banyak ilmu aku tak kutip. And gais, jgn pandang remeh dgn aplikasi komputer. Penting. Sebab zaman sekarang semua pakai taip lagi2 benda2 formal. Kau nak kirim2 surat ni, aku sarankan balik zaman tok nenek. Zaman sekarang, payah nak jumpa. Btw, ujian. Ya ujian alhamdulillah akhirnya aku berjaya setel sebelum masa tamat. Tapi apa hasilnya, memuaskan ka tidak. Bukan aku orgnya untuk menjawab. Adios !

O.U.T.L.I.N.E

Kenapa outline ? Sebab minggu ni minggu lepas and 2 minggu sebelum ni aku masih gagah nak setelkan outline ni. Gila arh kau tak siap2 lagi. Ya aku tak siap lagi. Aku pon tak percaya. Over. Okay salah siapa ? salah sendiri lah. Kali ni bukan nak tunding kelima2 jari dekat sesiapa. Semuanya dekat diri sendiri. Apa susah sgt nak buat sampai payah nau nak siapkan. Masa yg aku dpt bukan sikit. Banyak kot. Penagguhan. Yaa itu punca. Kata taknak salahkan sesiapa ? Yelah tak salahkan sesiapa pon. Penagguhan berpunca dari aku jugak kan. Kenapa tangguh ? Sebab benda tu in english and aku sgtlah lemah benda2 yg kena karang in english ni. Kata taknak salahkan sesiapa ? Yelah aku tak salahkan sesiapa pon. Lemah dalam bi ni berpunca dari aku jugak taknak work hard utk improve. Then apa patut buat ? Entahlah. Ya tudiaa. Kemalasan. Malas dah mai maka kita tangguh. So, kemalasan punca kepada penagguhan pula. Salahkan malas pula ? Lagi apa ? Takde apa lah. Dah lah. Adios !

CUTI

Bila sebut cuti mesti org kata pi jalan sana, pi jalan sini, short vacation dgn cinta sejati lah. Ya budak sekarang melambak short vacay dgn pakwe makwe. So ? Jeles ? Takdaklah aih. Tak jeles pon. Family lagi better. Nak cerita pasal cuti, finally dapat jugak keluar dgn akak2 tercinta. Even pertemuan tu masa cuti aku dah hujung tanduk. Pehh pertemuan kooo. Macam mana dapat hangout sesama ? Asalnya hanya disebabkan oleh satu conversation yg deep aku bagi kat dorg dalam group ws kami. Eh nope. Bukan dorg. Tapi kak su. Salah sorg kakak aku. Yg lain ada ja tapi pilih untuk menjadi silent reader sebab "busy". Apa yg aku dok kata adalah. Tapi hanya gurauan semata. Then kak su kata "deepnya lah ayat wani. Tiba2 rasa nak mkn dip n dip. jom ? ". Harapan palsu dia cuba bagi bila aku tgh rindu nak keluar sama2 separuh mati. Perasaan dia masatu mcm . . weyh lawak er ? Aku rasa sgt kehambaran disitu bila dia acah2 nak dip n dip bagai. Rupa2 nya dia betul2 nak keluar. Seronok kaw kaw punyaa. Esok bangun pagi awal bakhanggg. Paling semangat nak siap. Bila dah sama2, semua kerja gila nak buat. Tak kisah dah org sekeliling. Part paling ngokngek bila kami dok order air and salah satu air kami order "italian soda lemon". Then waiter tu dok kata

waiter : are u okay if it sawal
 kami  : ha ? what ? tawar ?
waiter : its sawar.
sis      : what sawal ? sawar ? 
waiter : sawar. sawar.
sis      : cawan ?
waiter : *dia dok tahan gelak. the lemon. its sawar.
me     : ohhh "sour" ?
waiter : yaa sour, sourr
kami  : laaaa sour kaaa. hahahahaha

Happiness. Ya, dgn dorg aku dpt rasa semua tu. Pure happiness. Bukan dgn kawan tak rasa. Rasa ja. Lagi2 yg masih stay and selalu ada untuk aku. Appreciate sgt and thanks sahabat :). Bila korg masih stay maknanya aku syg gila dekat korg and selesa dgn korg. Acah mcm special sgt ja aku korg nak stay2. Hahaha. Tapi ya, aku sayang. Jap pahal nak emo2. Kbye. Untuk kakak2, terima kasih. Even tak semua ada tapi still terubat. Muehehe. "cousins by blood, sisters at heart, friends by choice". Adios !

M.E.R.E.P.U.T

Mereput. Ya sesuai sangatlah dengan aku yg tengah mereput dengan jayanya. Cuti mid sem kali ni boring bukan tahap cikai2 punya boring. Eh tak. Bukan cuti sem kali ni tapi setiap kali aku cuti sem ka mid sem ka. Sebab kakak2 aku semua dok busy kerja, belajar and payah nak balik. Reputan hilang bila ibu ayah cuti. So maksudnya sabtu and ahad. Haih, nak mengeluh pon bukan boleh balikkan masa kami. Tapi mengeluh dah pon. Kakaka. People change. Lagipon masing2 membesar dah. Komitmen tak mcm dulu and aku kena faham. Ya susah nak faham sebab aku tetap akan compare kan masa dorg baya2 aku kami semua ada sama2. Sekarang bila turn aku kenapa aku sendiri ? Sebab kau paling kecik antara dorg wani. So sabaq laa. Terima ja. Bukan dorg mintak pon busy mcm ni. Life must go on. Kita makin membesaq bukan mengecik. Tu ja lah aku dok repeat dalam kepala otak untuk sentiasa positif. Rindu. Ya aku rindu ja. Takde niat nak salahkan dorang. Reputan makin menjadi2 bila kawan baik aku yg belajar upm tu tak balik2 lagi. Selalu dia ja lah kawan yg teman aku pi jalan sana sini. Esok last day dia dekat kem tu. So mungkin aktiviti mereput aku akan berakhir. Wuhuuu. Btw, mereput ni bukanlah mereput yg berpanjangan. It just happen bila ibu ayah aku kerja and aku tengah cuti. Sesi mereput ni datang dan pergi. Dia buat aku rasa mcm dia stay and takmoh pi bila weekdays. Ada ja ibu ayah bawak aku pi jalan2. Banyak ja even pi mall pon jalan2 jugakkan. Esok pon ibu ayah ajak pi nilai sat. So takdelah mereput. Makanya bersyukur sikit boleh ? Tak suruh pon bersyukur banyak2. Sebab manusia ni memang suka meminta banyak dari memberi banyak. Ya ka ? Tak semua mcm tu. Cuma ada yg mcm tu. Contohnya, aku yg tak reti bersyukur dgn nikmat masa yg aku dpt sikit dari kakak2. Cuba kalau Tuhan tak bagi langsung cmna ? Istighfar banyak2 ya wani. Adios ! 

AIR

Air ? Apa yg menariknya pasal air ? Mungkin ada tarikannya tersendiri and org yg betul2 hayati kecantikan air ja nampak menariknya air ni. Okay merapu. Paling penting air sekarang jadi tarikan utama warga ukm. Sebab apa ? Sebab bekalan air dah takdak. Tak semua yg takde, Yg pasti blok aku dah takde air. Makanya, aku terpaksa gagahkan diri menapak pi blok sebelah untuk menagih air. Bukan simpati tapi menagih air. Selain dari tu, pasal air jugak aras 4 and aras 3 bertikam lidah. Ambik pisau kau tikam lidah dia n dia tikam lidah kau. Terbayang tak ? Selalunya bila kita ckp or baca something puff ! terus terbayang. Selalunya lah. Macam aku kata gajah pakai helmet. Bayang tak ? Tak bayang eh ? Takpe. The end. Yg pasal tikam lidah tu rasanya bukan tikam lidah. Silap. Aras 3 meluahkan kemarahan dekat beberapa manusia dari aras 4 yg bermoral pi simbah air dari atas ke bawah. Katanya bukan sekali dua sebab tu mengamuk. Simbah air maggie lah itu dan ini. Kasian kasian. And yg org atas pon sama naikkk. Pergi curah air ke bawah tu kenapanya lah. Rasa bersalah tu pi mana ? Respect ? Aku sarankan kau keluar bilik pergi kutip balik. Kutip apa ? kutip air yg kau curah tu. Kalau kau rasa benda tu boleh dibuatlah. Air nak kutip camne ye dak. Dah tu kutip apa ? Kutip nilai respect kau yg tercicir dekat mana2 pastu bagi dekat budak aras 3. Sikit2 nak kutip hati berkecai je tak boleh jugak. Hiks ! Adios !

D.O.R.A.E.M.O.N

"Pada suatu hari, di tempat nobita belajar, ada seekor makhluk berwarna biru tua.
Badannya boolat-boolat, dia suka makan donut, bila ternampak tikus dia menjerit.
Nobita ketawa dia rasa malu ! Haa ! Takut tikus yaaa ?
An.An.An Makhluk itu bernama DORAEMON~ "

Lagu ni aku akan nyanyi masa kecik2 dulu bila tengah tunggu cerita doraemon depan tv pukul 7.30 channel ntv7. Kalau masa tu cousins semua balik lagi gempak nyanyian kami depan tv. Bebelan nenek atuk pakcik makcik tidak kami hiraukan asalkan kami bahagia. Tak sedar diri betul waktu tu maghrib. Kanak2 kan. Jahil lagi. Eceh sekarang pon jahil ape cite ? Kbye. Tiba2 rasa seronok jadi kanak2 sebab tau nak seronok je kerjanya. Ok kenapa doraemon ? Cerita doraemon ni karut marut hayun gila. Keluar alat dari poket lah, dok patah balik masa lepas lah. Ha doraemon punca aku kdg2 rasa nak ada mesin masa untuk kembali ke zaman kanak2. Macam budak2. Ya aku tau tu. Selain daripada karut marut cerita doraemon ni pon ada baiknya. Dia akan selitkan pengajaran dalam merepek meraban dia. Kalau time part touching dia keluar, air mata kau pon boleh bertakung and tunggu masa nak pecah ja. Antara cerita2 doraemon yg aku tengok sampai sebak2 tang movie "stand by me". Friendship bond antara doraemon and nobita tu pure bakhang. Tang episod pulak  "bertukar mama" and "mesin masa jiwa". Aku syorkan sesiapa yg dok jejauh tu tengoklah episod ni. Habis cite tak sampai 10 saat kau call mak kau tanya khabar. Tapi janganlah tengok doraemon baru kau nak call mak tanya khabar. Tambah2 pulak kalau kau tak tengok doraemon. Bila nak call mak ? Emak rindu tu. Adios ! 

RAMBUTAN

Rambutan merupakan sejenis buah-buahan dimana aku tahu, kau tahu dan mereka pon tahu. Then kenapa aku bagitahu ? Saje. Suka2. Cerita pasal rambutan, dekat kampung aku belambak pokok rambutan. Kampung kau ada tak ? Kalau takdak rugi. Rambutan antara buah-buahan legend. Ya ka ? Sukati aku ja menaip. Muahaha. Tapi bagi aku itulah hakikatnya. Dari aku kecik. Masa tadika and sebelum tadika buah rambutan ni dok jadi sebutan. Lagi2 kalau musim dia sampai. Ke aku je yg rasa macam tu ? Whatever. Balik psl kg aku banyak pokok rambutan. Ya banyak gila. Haih bila ingat rambutan tiba2 terflashback zaman dulu kala. Family kami duduk dekat2 ja semua. So bila musim buah sampai merupakan ke"heaven"an bagi kami. Kami akan kumpul ramai2 dekat rumah atuk uwan dan bertungkus lumus memetik buah. Panjat pokok, tertonggeng2 kutip buah yg org atas dok petik, kumpul dalam bekas bagi penuh. Dah setel kerja kami minum petang and buah rambutan of coz antara santapan. Semua ada. Suasana dia, bahagianya. Gelak sana sini, sakat sana sini, share itu ini, kami budak2 dok main kehulur kehilir, Pehh rindunya. Kalau masa tu boleh berhenti. Tak payah mengarut sebab itu takkan jadi melainkan kuasa Tuhan. Hehe. Sekarang semua dah besaq2. Ada yg dah ada anak lah, ada laki lah, ada isterilah, kerjalah. Tinggai aku ja yg masih dok highlight nota2 penting untuk dijadikan adunan atas paper bila final exam nanti. Aku. Aku paling terasa masa tu berputar dan meragut zaman kanak2 kami. Sebab aku, aku yg paling kecik antara kami. Aku, aku yg melihat dorg pergi satu persatu kejar impian. Tapi takpe, aku faham even kdg2 aku sunyi. Ya, aku sunyi. Aku rindu. But life must go on. Suatu hari aku pon akan meninggalkan. As long as we still stick together dan tak melupakan, aku bahagia. "BLOOD makes us RELATED but LOYALTY makes us FAMILY". Jap, asalnya kisah rambutan je kot dah sampai ke sini aku merantau. Kah ! Ya sebab rambutan salah satu kenangan kami. Adios !



Aku taknak bubuh gambar rambutan sebab aku rasa kami lagi comel.



Cute Panda